Friday, 9 December 2011

Ayam maSaK kiCap

Salam untuk semua
 
Ayam Masak Kicap
Satu lagi resipi ringkas yang seri nak kongsi hari nieh. Ayam masak kicap ala jawa nih seri masak untuk makan malam. Ringkas, senang n mudah nak sediakan. Masa pun tak lama. Kejap jerk dah siap. Sambil basuh kain pon boleh..sambil menyapu pun boleh. Kalau hari raya orang jawa macam seri nih memang biasanya masak ayam masak kicap untuk hidangan bersama ketupat dan sambal goreng jawa.
Memang resipi nih le yang kitorang guna pon. Senang jerk jom kita skodeng..

 Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong 14 - ikut suker
5 ulas bawang merah - dikisar/tumbuk
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
seinci halia - dikisar/tumbuk
cili boh
2 sudu sos cili
rempah 4 sekawan
2 biji cili merah - dibelah 4
1 labu bawang besar - dipotong bulat
lada hitam - dikisar kasar jadi 1/2 sudu
Secawan air/santan
kicap dan minyak untuk menggoreng

Method
Goreng ayam separuh masak terlebih dahulu
Tumiskan bahan kisar bersama cili boh/kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan pula rempah empat sekawan dan cili sos. Masukkan air/santan
Kemudian masukkan kicap dan perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ayam, bawang besar dan cili yang dibelah empat.
Didihkan sehingga agak pekat dan ayam masak. Kemudian masukkan lada hitam yang dikisar kasar. Kaup balikkan lagi. Tutup api. Sedia dihidang bersama nasi

SeLamaT menCuBa

~ PudinG JaGunG ~

Salam untuk semua

Puding Jagung
Seri nih benarya tak berapa pandai nak buat kuih-kuih nieh.. Selalu tengok jerk kat blog-blog diorang yang suker buat kuih nieh. Kira envy la gak dengan sesaper yang terror wat kuih. So harituh jenjalan umah akak seri citer-citer pasal puding jagung nieh..
So akak seri pon kasik la resipi tersenang bagi orang cam seri nieh. Huiiii memang senang giler sukatan pon guna cawan jerk kan. Alhamdullilah menjadik dan mebeles la. Tak tau saper punyer resipi n kalau sama kira resipi nieh memang glamer la ekk. Seri juga ada letak resipi nih kat ovenmummy . Jom kita skodeng resipinya..

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan jagung krim - yg dalam tin tuh - seri letak satu tin
3 cawan air
1 1/2 cawan santan / susu cair @ campur santan + air jadikan 4 1/2 cawan

Method
Tuangkan campuran santan dan air ke periuk/kuali.
Kemudian campurkan gula dan kacau
Campurkan pula jagung krim dan kacau lagi
Akhir sekali campurkan tepung kastad dan kacau sehingga tidak berketul
Kemudian masak atas api dan kacau hingga pekat dan berkilat
Tuang dalam loyang dan sejukkan baru dihidang


Selamat mencuba

~ UdaNg maSak tiGa raSa ~

 Salam untuk semua

Udang masak tiga rasa
Udang masak tiga rasa nieh benarnya seri masak dua hari lepas.. tapi tak sempat nak masukkan dalam blog.. so hari nieh baru sempat nak masukkan pasal esok kan cuti..yeay.
Okeh, kiranya seri memang kalau hari keje masak tersangatla ringkasnya sampai tak tau nak buat ringkasan sebab ringkas sangat.. Tak kisah la ringkas ke simple ke janji sedap dimakan kira hookeh la tuh. Seri dapat resipi dari cindaibiru di myresipi. Memang sedap..bila terasa manis-manis madu tuh.So seri paste kan gak kat sini ekk. Tapi kalau nak tengok yg ori klik kat link yg seri kasik ekk.


Bahan-bahan 
20 ekor udang harimau
*20 tangkai cili kering (rebus)- seri guna cili boh sudah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci lengkuas
*1 inci halia
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
1 sdt madu
2 helai daun limau purut - seri tak letak sebab takdo.
Minyak untuk menumis





Method
  1. Udang dibuang kepala dan dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.
  6. Boleh dihidang dengan nasi atau roti.


So camner... giler ringkas kan..ala benarnya yang ringkas lagik sedap..hik...hik..hik..

Selamat Mencuba