Friday, 9 December 2011

~ UdaNg maSak tiGa raSa ~

 Salam untuk semua

Udang masak tiga rasa
Udang masak tiga rasa nieh benarnya seri masak dua hari lepas.. tapi tak sempat nak masukkan dalam blog.. so hari nieh baru sempat nak masukkan pasal esok kan cuti..yeay.
Okeh, kiranya seri memang kalau hari keje masak tersangatla ringkasnya sampai tak tau nak buat ringkasan sebab ringkas sangat.. Tak kisah la ringkas ke simple ke janji sedap dimakan kira hookeh la tuh. Seri dapat resipi dari cindaibiru di myresipi. Memang sedap..bila terasa manis-manis madu tuh.So seri paste kan gak kat sini ekk. Tapi kalau nak tengok yg ori klik kat link yg seri kasik ekk.


Bahan-bahan 
20 ekor udang harimau
*20 tangkai cili kering (rebus)- seri guna cili boh sudah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci lengkuas
*1 inci halia
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
1 sdt madu
2 helai daun limau purut - seri tak letak sebab takdo.
Minyak untuk menumis





Method
  1. Udang dibuang kepala dan dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.
  6. Boleh dihidang dengan nasi atau roti.


So camner... giler ringkas kan..ala benarnya yang ringkas lagik sedap..hik...hik..hik..

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment