Friday, 9 December 2011

Ayam maSaK kiCap

Salam untuk semua
 
Ayam Masak Kicap
Satu lagi resipi ringkas yang seri nak kongsi hari nieh. Ayam masak kicap ala jawa nih seri masak untuk makan malam. Ringkas, senang n mudah nak sediakan. Masa pun tak lama. Kejap jerk dah siap. Sambil basuh kain pon boleh..sambil menyapu pun boleh. Kalau hari raya orang jawa macam seri nih memang biasanya masak ayam masak kicap untuk hidangan bersama ketupat dan sambal goreng jawa.
Memang resipi nih le yang kitorang guna pon. Senang jerk jom kita skodeng..

 Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong 14 - ikut suker
5 ulas bawang merah - dikisar/tumbuk
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
seinci halia - dikisar/tumbuk
cili boh
2 sudu sos cili
rempah 4 sekawan
2 biji cili merah - dibelah 4
1 labu bawang besar - dipotong bulat
lada hitam - dikisar kasar jadi 1/2 sudu
Secawan air/santan
kicap dan minyak untuk menggoreng

Method
Goreng ayam separuh masak terlebih dahulu
Tumiskan bahan kisar bersama cili boh/kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan pula rempah empat sekawan dan cili sos. Masukkan air/santan
Kemudian masukkan kicap dan perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ayam, bawang besar dan cili yang dibelah empat.
Didihkan sehingga agak pekat dan ayam masak. Kemudian masukkan lada hitam yang dikisar kasar. Kaup balikkan lagi. Tutup api. Sedia dihidang bersama nasi

SeLamaT menCuBa

1 comment:

  1. Salam, klu letak susu ideal pun bolehkan. nampak sedapla.

    ReplyDelete