Monday, 5 December 2011

~ TenGGiri tuMis peDAs ~

 Salam untuk semua..

Tenggiri tumis pedas
Waktu-waktu cengginih musti sumer dah makan malam kan.. Kaedahnya tadi malas nak masak. Pastuh fikir-fikir ikan pown dah kuarkan so seri masak satu lauk yang ringkas jerk la. Benarnya sangat ringkas la.. mudah gak la bagi sesapa yang bujang tuh ekk.

 Resipi nih seri oter-oter sendiri jerk guna apa bahan yang ada kat umah. Tapi alhamdullilah..simple n sedap..
Seri kongsi gak la kalau ada sesaper yg teringin nak buat ekk.

Bahan-bahan.
1. 3 keping ikan tenggiri (boleh juga kalau ganti ikan lain)
2. 3 ulas bawang merah - tumbuk
3. 2 ulas bawang putih - tumbuk
4. seinci halia - tumbuk
5. Cili merah + cili api sket  (ikut suka pedas mana) - tumbuk
6. 1 biji bawang besar - dimayang
7. Daun kari + serai diketuk
8. 2 sudu sos cili + 2 sudu sos tiram

Method
1. Goreng ikan terlebih dulu, angkat dan toskan
2. Tumis bahan tumbuk bersama serai yang diketuk dan daun kari. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.
3. Tambah air sedikit supaya tidak kering (optional). Masukkan ikan kemudian masukkan bawang besar yang dimayang. Perasakan garam dan gula. Sedia dihidang. (Boleh letak sedikit asam keping..tak letak pown takper)


SeLaMat meNCuBa

No comments:

Post a Comment