Friday 9 December 2011

Ayam maSaK kiCap

Salam untuk semua
 
Ayam Masak Kicap
Satu lagi resipi ringkas yang seri nak kongsi hari nieh. Ayam masak kicap ala jawa nih seri masak untuk makan malam. Ringkas, senang n mudah nak sediakan. Masa pun tak lama. Kejap jerk dah siap. Sambil basuh kain pon boleh..sambil menyapu pun boleh. Kalau hari raya orang jawa macam seri nih memang biasanya masak ayam masak kicap untuk hidangan bersama ketupat dan sambal goreng jawa.
Memang resipi nih le yang kitorang guna pon. Senang jerk jom kita skodeng..

 Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong 14 - ikut suker
5 ulas bawang merah - dikisar/tumbuk
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
seinci halia - dikisar/tumbuk
cili boh
2 sudu sos cili
rempah 4 sekawan
2 biji cili merah - dibelah 4
1 labu bawang besar - dipotong bulat
lada hitam - dikisar kasar jadi 1/2 sudu
Secawan air/santan
kicap dan minyak untuk menggoreng

Method
Goreng ayam separuh masak terlebih dahulu
Tumiskan bahan kisar bersama cili boh/kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan pula rempah empat sekawan dan cili sos. Masukkan air/santan
Kemudian masukkan kicap dan perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ayam, bawang besar dan cili yang dibelah empat.
Didihkan sehingga agak pekat dan ayam masak. Kemudian masukkan lada hitam yang dikisar kasar. Kaup balikkan lagi. Tutup api. Sedia dihidang bersama nasi

SeLamaT menCuBa

~ PudinG JaGunG ~

Salam untuk semua

Puding Jagung
Seri nih benarya tak berapa pandai nak buat kuih-kuih nieh.. Selalu tengok jerk kat blog-blog diorang yang suker buat kuih nieh. Kira envy la gak dengan sesaper yang terror wat kuih. So harituh jenjalan umah akak seri citer-citer pasal puding jagung nieh..
So akak seri pon kasik la resipi tersenang bagi orang cam seri nieh. Huiiii memang senang giler sukatan pon guna cawan jerk kan. Alhamdullilah menjadik dan mebeles la. Tak tau saper punyer resipi n kalau sama kira resipi nieh memang glamer la ekk. Seri juga ada letak resipi nih kat ovenmummy . Jom kita skodeng resipinya..

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan jagung krim - yg dalam tin tuh - seri letak satu tin
3 cawan air
1 1/2 cawan santan / susu cair @ campur santan + air jadikan 4 1/2 cawan

Method
Tuangkan campuran santan dan air ke periuk/kuali.
Kemudian campurkan gula dan kacau
Campurkan pula jagung krim dan kacau lagi
Akhir sekali campurkan tepung kastad dan kacau sehingga tidak berketul
Kemudian masak atas api dan kacau hingga pekat dan berkilat
Tuang dalam loyang dan sejukkan baru dihidang


Selamat mencuba

~ UdaNg maSak tiGa raSa ~

 Salam untuk semua

Udang masak tiga rasa
Udang masak tiga rasa nieh benarnya seri masak dua hari lepas.. tapi tak sempat nak masukkan dalam blog.. so hari nieh baru sempat nak masukkan pasal esok kan cuti..yeay.
Okeh, kiranya seri memang kalau hari keje masak tersangatla ringkasnya sampai tak tau nak buat ringkasan sebab ringkas sangat.. Tak kisah la ringkas ke simple ke janji sedap dimakan kira hookeh la tuh. Seri dapat resipi dari cindaibiru di myresipi. Memang sedap..bila terasa manis-manis madu tuh.So seri paste kan gak kat sini ekk. Tapi kalau nak tengok yg ori klik kat link yg seri kasik ekk.


Bahan-bahan 
20 ekor udang harimau
*20 tangkai cili kering (rebus)- seri guna cili boh sudah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci lengkuas
*1 inci halia
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
1 sdt madu
2 helai daun limau purut - seri tak letak sebab takdo.
Minyak untuk menumis





Method
  1. Udang dibuang kepala dan dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.
  6. Boleh dihidang dengan nasi atau roti.


So camner... giler ringkas kan..ala benarnya yang ringkas lagik sedap..hik...hik..hik..

Selamat Mencuba

Monday 5 December 2011

~ TenGGiri tuMis peDAs ~

 Salam untuk semua..

Tenggiri tumis pedas
Waktu-waktu cengginih musti sumer dah makan malam kan.. Kaedahnya tadi malas nak masak. Pastuh fikir-fikir ikan pown dah kuarkan so seri masak satu lauk yang ringkas jerk la. Benarnya sangat ringkas la.. mudah gak la bagi sesapa yang bujang tuh ekk.

 Resipi nih seri oter-oter sendiri jerk guna apa bahan yang ada kat umah. Tapi alhamdullilah..simple n sedap..
Seri kongsi gak la kalau ada sesaper yg teringin nak buat ekk.

Bahan-bahan.
1. 3 keping ikan tenggiri (boleh juga kalau ganti ikan lain)
2. 3 ulas bawang merah - tumbuk
3. 2 ulas bawang putih - tumbuk
4. seinci halia - tumbuk
5. Cili merah + cili api sket  (ikut suka pedas mana) - tumbuk
6. 1 biji bawang besar - dimayang
7. Daun kari + serai diketuk
8. 2 sudu sos cili + 2 sudu sos tiram

Method
1. Goreng ikan terlebih dulu, angkat dan toskan
2. Tumis bahan tumbuk bersama serai yang diketuk dan daun kari. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.
3. Tambah air sedikit supaya tidak kering (optional). Masukkan ikan kemudian masukkan bawang besar yang dimayang. Perasakan garam dan gula. Sedia dihidang. (Boleh letak sedikit asam keping..tak letak pown takper)


SeLaMat meNCuBa

~ KorEan kimChi ~

 Salam untuk semua..

Mak Kimchi
Wahhh..sape-sape yang melabelkan diri sendiri sebagai peminat drama korea tegar opkos tau kimchi nieh kan.. Hahaha dek kerana terliur dengan kimchi yang selalu seri tengok dalam drama korea tuh..aper lagik..berdezup arr carik. Memula memang hengat nak beli jer.. tapi dek sebab tak tau bahan kandungannya maka gigih la gak carik resipi nieh..
 












Puas jugak la carik kat mane yang menggunakan bahan yang senang tapi rasa yang sama dengan original.
At last seri dapat resipi nieh dari maangchi. Tengok cara dia buat memang senang sangat. Ataupun korang boleh gak tengok kat resipi eyqien. Dua-dua pown bahan yang sama. Memang sedap sangat.

Kalau nak detail rujuk kat link yang seri kasik ekk.. Tapi seri paste gak la resipi yang seri guna kat sini. Terima kasih pada mereka untuk resipi yang kalau makan feeling-feeling tengah berlakon citer korea mengadap hero hensem gituhh..

Ingredients:
Baechu (napa cabbage 10 pounds), salt, sweet rice flour, sugar, water, garlic, ginger, onion, fish sauce, squid (seri tukar dengan udang),hot pepper flakes, leek, green onions, carrot, radish.

Directions:
  1. Trim the discolored outer leaves of 10 pounds of napa cabbage. - seri guna sebiji napa kubis yg besar
  2. Cut the cabbage lengthwise into quarters and remove the cores. Chop it up into bite size pieces.
  3. Soak the pieces of cabbage in cold water and put the soaked cabbage into a large basin. Sprinkle salt.
    *tip: 1 cup of salt will be used for 10 pounds of napa cabbage
  4. Every 30 minutes, turn the cabbage over to salt evenly (total salting time will be 1½ hours).
  5. 1½ hours later, rinse the cabbage in cold water 3 times to clean it thoroughly.
  6. Drain the cabbage and set aside.
Make porridge:
  1. Put 3 cups of water and ½ cup sweet rice flour (chapssal garu) in a pot and mix it well and bring to a boil. Keep stirring until the porridge makes bubbles (about 5 minutes).
  2. Add ¼ cup sugar. Stir and cook for a few more mintues until it’s translucent.
  3. Cool it down.
Make kimchi paste:
  1. Place the cold porridge into a large bowl. Now you will add all your ingredients one by one.
  2. Add 1 cup of fish sauce, 2.5 cups of hot pepper flakes (depending on your taste), 1 cup of crushed garlic, 1-2 tbs of minced ginger, 1 cup amount of minced onion.
    *tip: much easier to use a food processor.
  3. Wash and drain the salty squid. Chop it up and add it to the kimchi paste.
    *tip: how to prepare salty squid is posted on the FAQ above!
  4. Add 10 diagonally-sliced green onions, 2 cups amount of chopped leek, 2 cups of julienned Korean radish, and ¼ cup of julienned carrot.
  5. Mix all ingredients well and your kimchi paste is done.
Action! Mix the cabbage with the kimchi paste!
  1. Put the kimchi paste in a large basin and add all the cabbage. Mix it by hand.
    *tip: If your basin is not large enough to mix all the ingredients at once, do it bit by bit.
  2. Put the kimchi into an air-tight sealed plastic container or glass jar.
    You can eat it fresh right after making or wait until it’s fermented.

SeLamaT meNcuBa..

* sori.. tak reti nak translate
* kalau bahan perapan kobis tuh banyak sangat..lepas guna boleh simpan lebihannya. Lenkali boleh guna lagi kalau nak buat kimchi.
* Nampak susah..tapi senang giler